Tuesday, April 5, 2011 By: nahlu daie

Tercampak ke Daerah Asing

***Suatu petang yg redup***

Aku sedang lena dalam buaian mimpi yg aku sendiri tidak pasti hujung pangkal ceritanya.
'Dummm...',tiba-tiba kedengaran dentuman guruh diikuti pukulan petir silih berganti.Tidak berapa lama kemudian,butir-butir mutiara indah kelihatan berguguran jatuh ke tanah mambasahi bumi ciptaan Tuhan.Ketika itu juga aku tersedar dari lena yg panjang dan terus membuka mata apabila kulitku terasa seperti dijentik-jentik."Oh..rupanya titisan air hujan sudah mengenai kulitku",gumamku dalam hati.

Aku bangun dari pembaringan untuk mengambil posisi duduk lalu melakukan aksi yg biasa dilakukan oleh orang yg baru bangun dari tidur.Ketika kedua-dua tanganku berada di atas ketika menggeliat..."Ya Allah!Tempat apa ni?Aku di mana sekarang?",aku menjerit sendirian kerana terlalu terkejut melihat suasana sekeilingku.Aksi menggeliat tadi terbantut di tengah jalan begitu saja.Tanpa aku sedari,rasa kantukku sudah hilang.Aku memandang sekeliling.Di hadapanku terbentang lautan yg kebiruan.Ianya cukup luas dan sangat indah.Aku menoleh ke kanan.Hanya pasir-pasir pantai memutih terbentang di sepanjang lantai pantai."Ya,aku yakin sekarang aku berada di sebuah pantai.Tapi pantai apa?Aku masih di Malaysiakah?Macam mana aku boleh sampai ke sini?",aku berdialog sendirian.Di hujung aku melihat rimbunan pepohon yg menghijau.Lebat sekali pokok-pokok di situ.Aku berkira-kira mungkin kawasan itu adalah hutan bagi pantai ini.Aku mengenakan daya tekanan pada kedua-dua kakiku untuk berdiri.Kemudian aku berpaling ke kiri....."Wahh!!Cantiknya pemandangan ini.Aku bermimpikah?Aku sudah sampai di syurgakah?",omongku teruja dan takjub dengan keindahan yg terbentang di depan mataku sekarang ini.Di situ aku menyaksikan sebuah bangunan tersergam indah berwarna putih.Cukup indah.Bumbungnya diperbuat daripada emas.Dinding bangunan itu berkilauan bertatahkan berlian dan permata.Saiznya terlalu besar untuk dihuni oleh beribu-ribu manusia.Aku mengagak ia adalah sebuah istana kerana senibinanya yg cukup unik dan ekslusif yg jauh bezanya dengan sebuah rumah agam.Terdapat banyak pintu dan tingkap pada istana itu.Penglihatanku jatuh pada sebuah pintu yg paling besar di situ."Mungkin itu adalah pintu masuk utama ke dalam istana ini',bisik hatiku.Lamannya pula sangat luas dan dihiasi dengan landskap yg sangat menarik dan mendamaikan.Aku melihat pelbagai jenis pokok bunga tertanam di kawasan laman itu."Eh,bunga mawar,bunga kertas,bunga orkid....Hmm,bunga-bunga di sini tidak ada bezanya dengan bunga-bunga di dunia...",fikirku yg masih teruja sehingga menyangkakan aku sudah berada di syurga.

Aku berjalan menghampiri istana itu.Semakin aku mendekati laman istana itu,bau wangi menyapa hidungku."Wah!!Wanginya bau ini,tidak pernah aku menghidu bau sewangi ini selama berada di dunia.Tidak sabar rasanya untuk melihat ke dalam istana ini.Pasti aku akan menemukan sesuatu yg lebih hebat dan indah",bicaraku sendirian yg masih tidak melepaskan anggapan bahawa aku sudah berada di syurga.Aku meneruskan perjalanan sehingga kakiku melangkah masuk ke kawasan laman istana itu.Bau wangi tadi semakin kuat dan menusuk ke rongga hidungku.Aku memerhatikan landskap laman itu serta pokok-pokok bunga dengan lebih dekat.Banyak lagi rupanya bunga-bungaan yg menyerupai bunga-bungaan di dunia,terutamanya di Malaysia dan yg menarik bunga-bungaan di sini jauh lebih cantik dan indah.Namun ada beberapa bunga-bungaan yg tidak pernah kulihat sebelum ini dan bentuk bunga-bungaan itu pula sangat unik dan berbeza dengan bunga-bungaan yg kukenali.Di hujung sudut sebelah kananku,aku terpandang sejenis pokok bunga yg sungguh unik.Sungguh pelik kerana batang pokok itu berdiameter kecil di bahagian bawah tetapi semakin membesar ke atas.Aku tidak melihat sehelai daun pun pada pokok itu tetapi pada bahagian atas batangnya yg berdiameter besar timbul bunga-bunga berwarna keemasan yg berbentuk hati .Pada permukaan sepanjang batang bahagian bawah pokok itu,aku melihat manik-manik kecil berwarna putih susu keluar dari dalam batang pokok tersebut.Ada yg berjatuhan ke tanah dan membentuk rumput-rumput halus berwarna hijau.Aku memuji-muji Sang Pencipta Yg Maha Bijaksana dalam hati.Aku meneruskan perjalanan.

Akhirnya aku telah berada di hadapan pintu utama istana.Perjalanan melalui kawasan laman hingga ke depan pintu utama istana itu mengambil masa lebih kurang 15 minit.Aku duduk di atas sebuah kerusi berukiran kayu yg tersedia di hadapan pintu utama istana itu untuk melepaskan lelah setelah perjalanan yg agak jauh tadi."Wow!!Betul ke kerusi ni diperbuat daripada kayu?Tidak terasa langsung kekerasannya.Rasa macam duduk di atas sofa...hmm..empuk",aku bermonolog sendirian.

Tiba-tiba perasaan tidak sabar untuk meneruskan penjelajahan ke istana menerpaku.Hatiku terpanggil-panggil untuk cepat-cepat masuk ke dalam istana itu.Aku bangkit dari kerusi empuk tadi dan berjalan ke arah pintu utama istana.Baru aku perasan bahawa saiz pintu itu cukup besar.Ketinggiannya mencecah tiga kali ganda ketinggianku dan lebarnya lebih kurang lima meter.Pintu utama itu berwarna keemasan dan terdapat ukiran yg sangat cantik pada permukaannya.Aku sendiri tidak pasti ukiran dari negara manakah yg sangat unik itu...aku mengagak mungkin ukiran dari negara arab seperti iran kerana reka bentuknya yg seakan-akan keislaman sedikit.Terdetik di hatiku"Eh,jangan-jangan aku memang sudah berada di syurga.Tapi bila masa pulak aku mati?Macam mana aku mati?Seingat aku sebelum aku tidur aku berada di rumah sewaku di Shah Alam...Ah,pedulikan je la.Aku dah tak sabar nak tengok apa yg ada kat dalam tu.Hehe..".

Aku mendekati pintu gergasi itu dan memegang tombol pada pintu itu."Fuhh..sejuk betul tombol pintu ni.Macam ais la.Kalau macam ni boleh beku tangan aku dibuatnya",dengan sendirinya tanganku melepaskan tombol itu sepantas kilat kerana tidak tahan dengan suhu pada tombol itu yg mungkin sudah mencecah -20 darjah celcius.Aku memandang sekitar kawasan pintu itu sambil mencari akal bagaimana caranya membuka pintu tersebut tanpa memegang tombol.Mataku tertangkap pada satu anak kunci yg terletak di dalam sebuah kotak kaca yg berada di atas meja di hujung sudut sebelah kiri."Ya,mesti kunci tu dapat membantu aku membuka pintu gergasi ni",bisikku dalam hati.Aku menghampiri kotak tersebut dan mencapai kunci yg berada di dalamnya.Ternyata kunci itu sangat aneh dari yg pernah aku lihat.Aku tidak melihat ada gigi-gigi yg biasa ada pada kunci-kunci di dunia.Lebih aneh lagi kunci itu diperbuat daripada kaca yg keras dan di dalamnya terdapat ruang kosong berwarna merah seperti vakum.Tanpa menghiraukan betapa anehnya kunci itu,aku kembali semula ke arah pintu gergasi tadi dan pada tombol yg sejuk itu aku lihat ada satu lubang berbentuk segi tiga.Ya,sama bentuknya dengan kunci di tanganku.Tanpa membuang masa aku terus memasukkan kunci ke lubang yg tersedia itu.Aku terkejut kerana ruang kosong yg berwarna merah pada kunci tadi tiba-tiba bertukar menjadi biru."Wah,Hebatnya!",luahku.Aku memegang semula tombol itu dan ternyata sangkaanku tepat kerana suhu tombol itu sudah kembali normal,tidak sesejuk tadi.Dengan berhati-hati aku membuka pintu gergasi itu.Walaupun saiz yg besar,tetapi tidak sukar untuk aku membukanya.Akhirnya,kedua-dua daun pintu itu terbuka seluas-luasnya dan memberi ruang padaku untuk melihat ke dalam istana.

Sekali lagi aku terkejut besar melihat fenomena di dalam istana itu.Aku seakan-akan sedang melayang-layang di angkasa kerana terlalu takjub dan kagum dengan keindahan suasana di depan mataku.Setiap sudut di dalam istana itu dihiasi dengan beraneka perabot dan aksesori menarik dan mewah.Aku melangkah perlahan-lahan memasuki ruang di dalam istana.Aku dapat merasakan betapa selesanya setiap langkahku memijak lantai istana itu.Lantainya dihampari permaidani berwarna biru yg tebal dan sangat lembut..selembut sutera.Kualiti buatannya sangat bagus dan aku tidak langsung merasakan kesan kasar pada permukaan permaidani itu."Wahh...selesanya",aku meluahkan rasa nyaman berada di situ.Tiba-tiba,aku tergamam.Jantungku hampir luruh tatkala memandang diriku yg kini sedang berada dalam suatu persalinan yg sangat cantik.Aku sekarang sedang memakai gaun labuh berwarna kuning air bercorak bunga-bunga halus pada hujung lengan dan kain.Rambutku mengurai panjang hingga ke paras pinggang....lurus kehitaman dan ikal di bahagian hujung rambut.Kedua kakiku menyarung kasut kaca bertatahkan berlian.Aku memandang cermin besar di sebelah kananku."Akukah ini?Sungguh jelita seperti bidadari di syurga.Ya Allah,bermimipikah aku?",aku menyentuh wajahku..kulit wajahku sungguh halus..sehalus kulit bayi.Putih kemerah-merahan."Snow white pun boleh kalah dengan aku ni..hee",aku berjenaka.Sebentar kemudian aku mengingat kembali pakaian yg aku pakai sebelum masuk ke istana.Hanya seluar slack hitam dan t-shirt panjang muslimah serta tudung labuh berwarna krim."Aik,aneh..Macam mana pakaianku boleh bertukar cantik begini selepas masuk ke istana?Wajahku juga berubah...berbeza benar dengan rupa asalku",aku menyoal walaupun maklum aku tidak mungkin akan menemukan jawapan.

Aku terlalu gembira dan berasa semakin teruja untuk membongkar lebih banyak lagi rahsia di tempat asing ini yg menarik dan aneh.Aku meneruskan pengembaraan misteriku di istana tersebut.Aku berjalan meninjau-ninjau setiap sudut istana.Dalam setiap langkahku berjalan-jalan di kawasan itu,perasaanku saat ini seperti seorang puteri yg sedang bermain-main di istana...tambahan pula dengan pakaian dan rupaku yg telah berubah jauh berbeza dari yg asal."Hai..rasa macam model tengah catwalk pun ada",gerutu hatiku.

Aku melihat-lihat perabot-perabot mewah pada setiap ruangan di istana itu.Di ruangan tengah terdapat satu set sofa berwarna putih bersih berukiran kayu keemasan.Aku tidak melihat sedikit pun kesan yg menunjukkan pernah ada orang duduk di atasnya.Aku terfikir "Mustahil istana sebesar ini tidak berpenghuni..Hmm,tapi kan aku di syurga sekarang.Mana mungkin ada orang yg tinggal di sini.Tempat ni khas untuk aku.Akulah pemilik istana ini...Eh,tapi aneh.Di syurga kan ada pelayan-pelayan khas buatku.Di mana mereka semua?Barangkali mereka semua sedang bergembira dan bersenang-lenang sekarang tanpa menghiraukan kedatanganku.Ah,alangkah berani dan biadap mereka ini",marahku dalam hati.Aku mendekati set sofa tersebut lantas duduk di atasnya dengan cermat.Lagakku saat itu tidak ubah seperti permaisuri jahat dalam cerita dongeng 'sleeping beauty'.Tanpa aku sedari aku kini sudah semakin angkuh dan sikapku sudah jauh berbeza dari sikapku sebelum datang ke tempat asing ini.Aku telah menganggap akulah pemilik tempat ini dan berlagak seperti raja di sini.Aku bersandar pada sofa."Wahh..selesanya",bisikku.Empat meter di hadapanku aku terpandang suatu benda yg aku kenali.Kelihatan rupa bentuknya seperti alatan elektronik untuk memasang vcd.Tapi aku tidak nampak skrin televisyen pun di situ.Rasa ghairah untuk menonton televisyen membuak-buak.Aku menghampiri alatan tersebut dan menekan punat yg ada pada benda yg berbentuk seakan-akan pemain vcd.Alangkah terkejutnya aku apabila di bahagian atas alat pemain vcd tersebut terpancar suatu cahaya.Seakan-akan ianya sebuah layar atau skrin televisyen yg sangat besar.Aku menjauh sedikit daripada layar tersebut lalu kembali semula ke sofa.Aku duduk di atas sofa sambil memerhatikan apa yg bakal aku saksikan sebentar lagi."Ishh...tak sabar rasanya nak tengok filem.Dah lama aku tak menonton filem semenjak 5 bulan lalu",ujarku.Aku bersandar pada sofa seakan-akan orang yg sedang menonton wayang di panggung tambahan pula dengan layar yg besar di hadapanku.

"Selamat datang ke 'Pulau Kehidupan' yg menjanjikan kesenangan untuk anda.Tahniah kerana anda telah berjaya sampai ke sini dengan usaha kami menjejaki dan berusaha membantu anda hingga anda akhirnya telah tiba di daerah yg diimpikan ramai.Nikmatilah kesenangan di sini.Apa sahaja yg anda inginkan boleh didapati di sini.Tidak usah memikirkan perkara lain kerana anda sudah mendapat segala-galanya.Lupakan kehidupan lama dan kecapilah kenikmatan di sini sepuas-puasnya.Niatkan sahaja dalam hati apa yg anda inginkan...Nahh!!Sekelip mata anda sudah mendapatkannya.Hahahaha!!!!!!!!!!",satu suara muncul dari layar membuatkan jantungku hampir gugur.Kata-katanya sangat aneh membuatkan aku terkedu...diam seribu bahasa.Aku mengingat kembali kata-kata dari suara aneh tadi.Menurutnya aku kini sedang berada di 'Pulau Kehidupan'.."Maknanya aku bukan berada di syurga.....Ah,tak kisahlah,yg penting aku boleh dapat apa saja yg aku inginkan..Wahh!!Seronoknya.",bisikku yg sudah menjadi materialistik tanpa sedar.Aku teringat kata-kata suara aneh tadi "Niatkan sahaja dalam hati apa yg anda inginkan...Nahh!!Sekelip mata anda sudah mendapatkannya.Hahahaha!!!!!!!!!!"."Wahh..inilah masanya aku nak minta apa sahaja yg aku inginkan.Hehehe..",bisikku.Aku memikirkan filem-filem yg aku ingin tonton."Ya,aku nak tengok filem-filem terbaru dari Malaysia,Amerika,Korea,Jepun...",aku niatkan dalam hati.Sekelip mata sahaja senarai tajuk filem-filem yg aku ingin tonton terpampang pada skrin di hadapanku.Aku jadi semakin ghairah dan tidak sabar.Aku melihat-lihat tajuk-tajuk filem itu dan akhirnya aku memilih untuk menonton filem dari korea bertaraf lima bintang bertajuk 'East Of Eden'.Sekelip mata sahaja filem itu ditayangkan pada skrin besar.Aku terbuai-buai dalam jalan cerita filem itu berjam-jam tanpa sedar.Seronok...aku jadi seperti dirasuk 'hantu filem' apabila selepas satu filem,aku bertukar ke filem seterusnya..Filem kedua tontonanku beralih pada filem Malaysia bertajuk'Cuti-cuti Cinta'."Kelakar betul cerita ni.Hahaa!!!",aku semakin tenggelam dalam komedi cerita tersebut.Begitulah seterusnya aku menghabiskan masaku di 'Pulau Kehidupan' itu.Setelah penat menonton perutku mendendangkan lagu berirama 'keroncong' menandakan ia memerlukan makanan untuk diisi.

Aku bangun dari sofa dan berjalan menuju ke sebuah pintu di sebelah kananku.Aku menghampiri pintu itu dan membukanya.Aku tergamam apabila melihat aneka juadah yg tersedia di atas meja besar di situ.Aku yg sudah tidak dapat menahan lapar dari tadi segera berlari tergopoh-gopoh ke arah meja tersebut.Di situ aku lihat pelbagai jenis juadah yg sungguh enak.Kecur air liurku menyaksikan kelazatan makanan di situ.Lantas aku mengambil tempatku di sebuah kerusi yg paling mudah untuk aku mencapai makanan.Aku mencuci tangan dengan air di dalam bekas yg tersedia di sebelah kiriku.Kemudian dengan tergopoh-gapah aku mencapai bekas berisi nasi putih lalu mencedoknya ke dalam pinggan di hadapanku.Aku mencapai ayam panggang bahagian paha dalam sebuah pinggan tidak jauh dariku.Bau ikan bakar bersos lada hitam menarik perhatianku lalu aku mengambil dan meletakkannya ke dalam pingganku.Di sebelah kiriku terdapat sayur kailan ikan masin yg masih segar kehijauan lalu kucedok ke dalam pinggan nasiku.Tanpa membuang masa aku lantas menyuapkan makanan ke mulutku."Enaknya!!!",omongku sambil mengunyah-ngunyah makanan.Aku sudah lupa mempraktikkan sunnah rasulullah membaca 'bismillah' sebelum makan.Sekelip mata aku telah menjadi seperti orang yg tidak beragama.Tingkahku tidak ubah seperti binatang yg menerkam mangsanya.Aku menyuapkan makanan tersebut ke mulutku dengan tergesa-gesa padahal bukannya aku akan ke mana-mana selepas ini.Kalau dilihat orang bagaimana cara aku menyantap makanan di situ,sudah pasti mereka menyangka aku sudah tidak makan sebulan.Sekejap sahaja aku telah menghabiskan makanan di dalam pingganku..licin dan tidak meninggalkan sisa sedikit pun kecuali ketulan-ketulan tulang ikan dan ayam.Kemudian,aku beralih ke pencuci mulut yg tersedia di situ.Ada ais kacang,koktail,bubur kacang hijau,aneka kuih-muih,agar-agar dan puding bermacam perisa dan sebagainya.Aku mencapai ais kacang dalam mangkuk yg dihias cantik sekali.Di bahagian atasnya terdapat ais krim berperisa vanila dan ditabur coklat cair membangkitkan seleraku untuk menikmatinya.Aku menyuapkan ais kacang itu ke mulut."Wahh..sedapnya.Kalah 'ABC Fradoo' di tempat aku ni.Haha..."ujarku sambil memuji-muji kelazatan ais kacang di situ.Aku teringat kembali ais kacang yg menjadi kegemaranku di Shah Alam.Hampir setiap hari aku membeli ABC Fradoo di situ kerana keenakannya.Ramai juga yg sanggup datang dari jauh semata-mata ingin merasai kelazatan ABC di situ.

"Haaahhhh...ngantukya!!!",aku menguap.Badanku terasa penat dan mataku terasa berat.Mungkin aku perlu berehat dan tidur sebentar.Aku bingkas bangun dari kerusi dan menyusun langkah untuk keluar dari ruang makan.Sisa-sisa makanan kubiarkan begitu sahaja dan makanan yg tidak dijamah kutinggalkan di meja besar itu kerana aku berkira-kira mungkin ada yg menguruskan dan mengemaskan makanan itu nanti.Tanpa berlengah-lengah aku keluar dari ruang makan itu dan memanjat anak-anak tangga untuk naik ke tingkat atas mencari kamar untuk beradu.Aku terpandang sebuah pintu yg sangat besar dan cantik berwarna perak.Aku mendekati pintu itu dan membukanya.Ternyata ia adalah sebuah pintu yg membawa aku ke sebuah bilik mewah yg sangat besar.Ianya boleh memuatkan beratus manusia untuk berhimpun.Aku melangkah masuk dan mendekati sebuah objek yg aku dambakan sekarang ini...katil.!!!!Aku terlalu mengantuk saat ini.Dalam benakku cuma memikirkan untuk tidur.Lantas aku merebahkan seluruh badanku ke atas katil empuk itu."Wahh!!Selesanya..",aku memejamkan mata dan tenggelam dalam mimpi indah saat itu.

***Lapan jam kemudian***

Aku tersedar semula dari lena yg panjang.Mataku melilau-lilau memerhatikan sekeliling dan mindaku mengingat-ngingat kembali di mana aku berada."Oh ya,aku masih di istana itu",bisikku.Sekarang baru aku menyedari suasana di bilik itu sungguh cantik.Aku sedang terbaring di atas katil  mewah yg sangat indah.Saiznya agak besar dan boleh memuatkan 10 orang tidur di atasnya dengan selesa.Cadarnya berwarna krim dan bercorak halus.Perasaanku saat ini seperti seorang pengantin yg sedang beradu di kamar.Ruangan kamar itu sangat luas.Aku terpandang pada satu pintu di kamar itu lalu aku turun dari katil dan menghala ke arah pintu tersebut.Apabila pintu sudah kubuka,terserlah di mataku semua yg kuimpikan selama ini.Sebuah bilik pakaian yg luas.Di situ memuatkan bermacam fesyen pakaian dan koleksi lainnya seperti kasut,beg tangan,kaca mata,jam dan selendang.Aku jadi kagum dengan semua yg kusaksikan sekarang ini.Sikap materialistik semakin bermaharajalela dalam diriku.Aku jadi lupa semuanya.Dalam benakku kini cuma ada nikmat dan kesenangan.

Sebentar kemudian,aku keluar dari bilik pakaian dan menjelajah ke setiap sudut di kamarku.Aku melihat di situ juga terdapat set sofa tersedia di kamarku,satu rak buku yg besar dilengkapi dengan bermacam bahan bacaan tersusun rapi,sebuah piano berwarna hitam,meja solekan dilengkapi bermacam produk kecantikan berjenama,satu sudut yg disediakan khas untuk memuatkan koleksi gazet seperti komputer riba,permainan video,beberapa jenis telefon bimbit yg lebih canggih daripada 'blackberry' juga terdapat di atas meja di sudut itu.Bilik itu terasa sejuk dan nyaman kerana dilengkapi dengan pendingin hawa.Aku tertarik pada bilik mandi di bilik itu.Ianya sangat luas malah dilengkapi dengan sebuah kolam renang yg diselaputi dinding kaca dengan air berwarna biru kehijauan.Terdapat hiasan pokok yg menarik di sekitar kolam tersebut.Kelengkapan mandi pula sangat canggih.Tidak perlu membuka paip untuk mandi tetapi berdiri sahaja di bawah saluran pancutan air dan air akan mengalir dengan sendirinya.Aku keluar semula dari bilik air dan meluru keluar dari kamar mewah tersebut dan terus turun semula ke tingkat bawah.Dalam perjalanan menuruni anak tangga aku memuji-muji kehebatan istana ini.Semua yg ada di istana ini sangat indah dan mewah bahkan luarbiasa.Aku terlupa untuk memuji Tuhan Yg Menciptakan semua itu malah sebaliknya yg kulakukan.

Sebaik sahaja sampai di tingkat bawah,alangkah terkejutnya aku apabila mendapati banyak makhluk aneh sedang berkeliaran di kawasan itu."Mak ai...makhluk asing apa pulak ni?Mana datangnya mereka semua ni?",soalku dalam hati terkejut.Kelihatannya seperti robot yg boleh berbicara... Ada satu robot yg berlainan sedikit bentuknya sedang mengarahkan berpuluh-puluh robot yg lain mengemas setiap ruangan di istana itu."Oh..rupanya tempat ni menggunakan khidmat robot untuk mengemas rumah.Wahh!!!Hebat betul la",bisikku.

***Dua minggu sudah berlalu***

Begitulah kehidupanku di 'Pulau Kehidupan' yg memberikan aku suatu kehidupan serba lengkap.Hari-hariku di daerah asing itu sibuk menikmati kesenangan dan kemewahan.Aku sudah lupa tempat asalku sebelum datang ke sini.Sebelum ini hidupku penuh dengan amal ibadah kepada Sang Pencipta...tiap detikku dihiasi dengan tadabbur ayat-ayat cinta dari Allah .dan aku sangat menjaga setiap saat dari masaku untuk diisi dengan perkara-perkara yg diredhai Allah.Namun,semenjak aku tercampak ke daerah asing ini aku jadi lupa pada kehidupan sebegitu.Aku lupa pada Si Dia yg telah memberikan curahan nikmat kepadaku.

Suatu pagi ketika aku sedang menikmati sarapan di daerah asing ini,aku teringat kembali detik-detik waktu yg telah kuhabiskan di 'Pulau Kehidupan'.Setiap hari aku melakukan rutin yg sama...menonton,makan,tidur,membaca dan bersiar-siar di sekitar kawasan istana.Namun,tidak ada satu perkara pun yg membuatkan aku bahagia.Aku cuma merasakan nikmat dan kesenangan namun baru ketika ini aku tersedar bahawa hatiku tidak tenteram dan sering sahaja keluh-kesah.Aku keseorangan di daerah asing ini.Yg adapun cuma robot-robot yg tidak berperasaan yg tidak boleh diajak berbual.Aku jadi  semakin bosan dengan kehidupan sebegini.Walaupun apa sahaja yg kuinginkan bisa kudapati di sini,namun jiwaku masih meronta-ronta inginkan kebahagiaan.Seolah-olah di satu sudut di dalam hatiku masih ada banyak ruang kosong yg tidak terisi.Namun aku tidak bisa berbuat apa-apa.Aku tidak tahu pada siapa harus kuungkapkan perasaanku saat ini.Aku merindui kehidupan lamaku."Alangkah baiknya jika aku dapat kembali semula seperti dulu.Ya Allah!!Bantulah hambaMu ini.Kembalikanlah aku kepada kehidupan asalku semula.Ampunkanlah kesalahanku yg telah lalai dari mengingatiMu,bersyukur padaMu...Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun,Ya Allah Ya Ghaffar Ya Rahim..Amin!!!",aku menyebut kembali 'Nama' yg sudah lama tidak muncul dari bibirku dan memohon pertolongan dariNya agar mengembalikanku semula kepada kehidupan asal.Ombak hatiku bergelojak deras menantikan detik untuk kembali kepada kehidupan yg sangat kurindui.Biarpun sederhana tanpa dilimpahi kemewahan dan kesenangan sepertimana di 'Pulau Kehidupan' ini,namun aku cukup bahagia dengan kehidupan sebegitu.Ruang di sudut hatiku terisi dengan limpahan cinta serta buaian kasih Si Dia...Si Dia Yg paling kucintai di dunia ini melebihi segalanya....Kekasih Teragungku...Allah Rabbul Jalil.

-TAMAT-

# Begitulah fitrah manusia yg bergelar mukmin apabila berjauhan dari Allah swt,hatinya langsung tidak tenteram dan sentiasa keluh-kesah.Seandainya pembaca di luar sana pernah merasakan perasaan sedemikian saat lalai dari mengingati Allah swt...berbahagialah kerana itu menunjukkan petanda bahawasanya hati anda sentiasa ingin dekat dengan Allah swt.
'(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.' (QS. 13:28)
#Syaitan adalah musuh kita yg nyata yg tidak pernah berputus asa mengganggu hati manusia agar menjauh dari Allah swt...mereka dan keturunan mereka berusaha keras menyesatkan manusia dengan memperindahkan jalan maksiat kepada Allah...Cuba pembaca perhatikan kata2 ini "Selamat datang ke 'Pulau Kehidupan' yg menjanjikan kesenangan untuk anda.Tahniah kerana anda telah berjaya sampai ke sini dengan usaha kami menjejaki dan berusaha membantu anda hingga anda akhirnya telah tiba di daerah yg diimpikan ramai.Nikmatilah kesenangan di sini.Apa sahaja yg anda inginkan boleh didapati di sini.Tidak usah memikirkan perkara lain kerana anda sudah mendapat segala-galanya.Lupakan kehidupan lama dan kecapilah kenikmatan di sini sepuas-puasnya.Niatkan sahaja dalam hati apa yg anda inginkan...Nahh!!Sekelip mata anda sudah mendapatkannya.Hahahaha!!!!!!!!!!"....penulis sengaja merakamkan 'ucapan' yg sering diungkapkan oleh musuh Allah ini yg sering bergembira apabila berjaya membawa manusia jauh dari mengingati Allah swt.Jadi,tidak ada jalan pintas yg lain untuk mengelakkan hasutan syaitan durjana ini melainkan dengan menempuh jalan MUJAHADAH!

[Sengaja  penulis 'melebih-lebihkan'  cerita tersebut untuk menunjukkan betapapun hebat nikmat dan kemewahan yg dikecapi manusia,namun jika lalai dari mengingati Allah...tidak mungkin mereka akan mengecapi kebahagiaan hakiki..iaitu ketenangan dan ketenteraman jiwa.]











0 comments:

Post a Comment