Thursday, April 28, 2011 By: nahlu daie

Sedarlah wahai sahabatku!

Saat kita mula sedar yg kita ada kelemahan,itu tak pelik..Yg pelik ialah kalau kita tak sedar2 yg kita ni mmg makhluk yg lemah..yg dicipta perlu bergantung pada Allah Yang Maha Kuat,Maha Gagah..lalu kita sombong pd Allah & ingkar perintah Allah & pada masa yg sama melanggar larangan Allah..Apabila ada org bagi nasihat,kita buat2 x dengar & x endah..kononnya seru x sampai lagi nak tobat..ada pulak dgn alasan 'muda hanya sekali,enjoy la dulu'...sedarkah kita hakikatnya muda sebenarnya bukan sekali,tapi 2 kali..di dunia muda yg sementara,tapi di syurga muda infiniti,kekal abadi...Eh,bukankah ajal tu blh dtg bila2 masa je??Mgkn masa kita tgh syok berfacebook @ tgh tengok movie korea @pun tengah berselera makan mcdonald...Bila ditanya,semua jawab nak masuk syurga..tapi mana amal kalian??Allah bukanlah Zat Yg terpesona dgn kata2.Sedarlah wahai insan.Berubahlah mulai sekarang!

Allah menciptakan manusia bukan utk jadi macam robot..kerja @ studi berjam2 lepas tu makan...bila bosan pergi berhibur..balik tidur..tapi lupa Allah.Tujuan Allah ciptakan kita adalah untuk menguji amal siapakah yg paling baik...bukan baik dlm kuantiti,tapi baik dlm kualiti.."Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."(Al-Mulk:2).

Mana perginya hati nurani kita hingga x boleh menilai mana yg betul mana yg salah??Bukankah Allah tlh berfirmanDan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."(Al-A'raf:179).Mahukah kita termasuk dlm golongan yg Allah nyatakan dlm ayat di atas??Jawablah..tapi dgn tindakan bkn kata2 je sbb Allah x terpengaruh dgn kata2 kita!

Ramai yg x jelas tujuan dan matlamat hidup...yg sedihnya,apabila ditemu ramah para remaja di luar sana,ramai yg mnjawab 'tujuan hidup sy utk berseronok la,apa lagi..',ada jugak yg mengatakan,'sy nak hidup senang,mewah,kaya-raya..' dan yg paling sedih ada yg jawab 'kami kan lelaki..apa lagi yg kami nak,perempuan la..hahaha'..Sedih dan kecewa dgn akhlak remaja islam sekarang..terlalu jauh bezanya dgn pemuda pada zaman rasulullah saw yg sentiasa brsemangat untuk menegakkan islam dan berlumba-lumba mengejar kebahagiaan akhirat serta  bidadari-bidadari syurga yg jauh lebih cantik dan anggun daripada wanita dunia.

Kalaulah rasulullah saw dibangkitkan semula dan dihantar ke dunia sekarang...5 minit je..x lama pun..agak2 apa perasaan rasulullah saw melihat umat baginda..?? yg rendah akhlaknya...terkapai-kapai tiada arah tujuan...Sudah pasti berlinangan air mata baginda melihat umat yg begitu dikasihi lantas melupakan baginda..bahkan yg menjadi idola mereka adalah artis2 yg sama juga tidak jelas tujuan hidup..!Bukan semua..tapi majoritinya begitulah.

Ambillah langkah untuk berubah sekarang,wahai saudara2 yg kukasihi!!Malakul maut tidak tunggu kita brtaubat dulu baru ia datang mengembalikan kita kepada Allah.Bersedialah untuk menghadapi saat itu..bertaubatlah dan perbaikilah amalan kalian dan istiqamahlah dalam kebenaran.Mudah-mudahan Allah memasukkan kita semua ke dalam golongan yg mendapat rahmat dan redhaNya..amin."Dan jagalah dirimu dari (`azab) hari (kiamat, yang pada hari itu) seseorang tidak dapat membela orang lain, walau sedikit pun; dan (begitu pula) tidak diterima syafa`at dan tebusan daripadanya, dan tidaklah mereka akan ditolong."(Al-Baqarah:48)

0 comments:

Post a Comment