Friday, May 6, 2011 By: nahlu daie

Terkedu kerana JIGSAW PUZZLE



Assalamualaikum warahmatulLahi wabarakatuh.

 Terkedu!!!!!Itulah perasaan yg dapat kuungkapkan ketika perbincangan tentang 'ibrah yg dapat diambil drpd game jigsaw puzzle bersama adik-adik.Tidak pernah terfikir pun di benakku sebelum ini walaupun sudah bertahun-tahun aku disajikan dgn game tersebut....bahawasanya benarlah firman Allah swt yg bermaksud ;

"Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya tanpa hikmah.Yang demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu karena mereka akan masuk neraka."(Sadd:27)
 
Ya!Kini baru aku tersedar..bertahun-tahun lamanya bukti itu terpampang di hadapan mataku,namun baru kini hijab itu terbuka untuk kuhadam hikmahnya.Tidak ada satupun yg ada di dunia ini yg Allah swt jadikan sia-sia.Walaupun jigsaw puzzle dicipta oleh manusia,namun bukankah Allah swt yg mencipta manusia itu sendiri??Subhanallah..Maha Hebat Pencipta kepada pencipta game jigsaw puzzle ini.
 
Setiap insan yg bergelar manusia semuanya ada nilai di sisi Allah Azza Wa Jalla.Namun,antara lautan manusia bermula dari Adam hingga ke manusia terakhir yg lahir ke dunia,hanya seorang yg paling tinggi nilainya di sisi Allah swt...iaitu baginda rasulullah saw.Kemudian,para nabi,wali-wali Allah,para syuhada',para ulama' dan orang2 soleh.Dan yg tidak tersenarai memiliki nilai yg rendah di sisi Allah swt.Kerana apa??..Kerana nilai kita di sisi Allah swt bergantung pada sejauh mana hubungan kita dgn Allah swt dan sebaik manakah amal soleh kita di dunia.

Dalam kepingan-kepingan jigsaw puzzle,masing2 mengambil tempat yg berbeza untuk melengkapkan dan menyempurnakan gambar pada jigsaw puzzle tersebut.Dan sudah semestinya kepingan yg memiliki bahagian gambar paling menonjol pada gambar tersebut memainkan peranan paling penting untuk melengkapkan gambar tersebut.Dan ada juga yg hanya menyumbangkan kepingan kosong pada gambar tersebut.Bahkan ada yg tersisih dan tercicir dari lingkungan gambar yg melengkapkan jigsaw puzzle...sudah pasti tidak ada nilainya untuk jigsaw puzzle tersebut.
 
Begitu juga dgn manusia..Allah swt telah menetapkan gambar kehidupan kita di dunia.Terpulang pada manusia itu sendiri untuk mengambil tempat yg mana di sisi Allah.Manusia yg bijak sudah semestinya akan berusaha gigih untuk mengambil tempat paling dekat dan mempunyai nilai paling tinggi di sisi Allah swt.Semua itu bergantung pada sejauh mana usaha kita mendekatkan diri kpd Allah swt dan mencorakkan amal yg terbaik agar nilaian kita di sisiNya tidak merudum...apatah lagi langsung tidak bernilai sepertimana golongan yg ingkar kpd Allah swt.Golongan ini sudah semestinya disisihkan dari pandangan Allah kerana keingkaran mereka lalu dicampakkan ke neraka untuk dihidangkan dgn azab yg sangat pedih.
 
Nah!!Cuba tanya diri kita,manakah bahagian dari kepingan 'jigsaw puzzle kehidupan' yg ingin kita tempati??
Jawablah dgn 'usaha yg gigih dan istiqamah' untuk mengambil tempat yg tinggi nilainya di sisi Allah swt.Mudah-mudahan kita bisa menjadi bahagian kepingan gambar pada jigsaw puzzle yg menonjol pada pandangan Allah swt.

0 comments:

Post a Comment